Asyik terbantut saja hasrat saya nak update blog sejak beberapa hari kebelakangan. Bukanlah sibuk sangat, sebab report OMHS dah dibereskan awal-awal lagi. Cuma adalah sedikit pembetulan yang perlu dibuat. Editors kumpulan saya cerewet sangatlah..Apapun, sempat juga online dan buat sedikit kerja yang kurang penting, tapi masih berfaedah. (haha).
Presentation OMHS dah bermula pagi tadi, memberi isyarat secara tak langsung yang 'cuti bulan madu' ini dah hampir sampai ke penghujungnya. Fasa kehidupan yang sibuk akan bermula sekali lagi. Masih kekurangan motivasi sebenarnya. Rasanya, nak sambung lagi cuti dan rehat supaya dapat cas semula semangat diri. Posting orthopaedic dengarnya sedikit sibuk, dan banyak benda-benda baru yang perlu dipelajari. Tapi, berita gembiranya; lecturers baik-baik! Seronoknya kalau macamtu, bahagialah hidup saya 2 bulan akan datang (haha)
Kadang-kadang, saya rasa seolah-olah masa 24 jam sehari memang tak akan cukup untuk belajar. (Mustahillah pula nak belajar saja memanjang, kan?). Sepatutnya, saya kurangkan masa online begini, tumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran dan tanggungjawab lain yang lebih utama. Ya, nampaknya saya perlu bertegas pada diri. Tak sampai setahun lagipun ni. Bersakit-sakitlah untuk tempoh beberapa bulan akan datang ni.
Tadi, ada benda kelakar berlaku. Saya bukanlah salah seorang presentor untuk kumpulan saya, tetapi memandangkan sessi soal-jawab mewajibkan semua ahli kumpulan ke hadapan pentas, saya pula yang menjadi mangsa. Nak dikatakan 'mangsa' pun, tak patut sebenarnya sebab unit tu memang bawah tugas saya. (hehe). Saya cuma rasa malu nak menjawab soalan sebab saya dah hampir terlupa isi kandungan report saya tu. Dah siapkan awal-awal lagi dan tak terfikir pun kumpulan lain akan bertanya tentang topik Quality Assurance dan ISO unit tu. Bila difikir-fikir semula baru saya faham. Kebanyakan PKD yang dilawati oleh kumpulan lain belum dianugerahkan MS ISO 9001:2000, sebab tu lah mereka tak ada unit khas untuk itu. PKD Petaling pula dah dapat anugerah tu beberapa tahun lepas. Siap ada Manual Kualiti lagi!. Dan kebetulan pula, unit tu adalah di bawah seliaan saya, maka sayalah yang kena ke depan menjawab soalan. Malu deh! Spontan sangat. Dahlah jawapan tak kena dengan soalan. Susah betullah kalau tak yakin diri ni. (macam nak nangis).
Tentang bab keyakinan diri ni, saya rasa saya cuma bermasalah bab akademik ni saja. Susah nak present benda depan ramai-ramai, walaupun kawan saya sendiri. Kalau yang lain, tak adalah saya takut nak bercakap secara spontan depan umum. Pelik kan???. Bila fikir balik, persediaan tu penting, bukan sekadar mental tapi juga bahan yang kita nak sampaikan. Tanpa isi atau hujjah yang betul-betul kuat, macamana nak yakin bila berhadapan dengan orang kan?. Lagi satu, perfectionist tu bagus, tapi jangan berlebihan. Nanti mudah kecewa dan putus asa kalau tak dapat buat sesempurna yang kita cita-citakan. Sasaran kena realistik dan usaha sedaya upaya, ok!
RSS Feed (xml)
0 comments:
Post a Comment