Monolog 8: Sakit

Acute on chronic homesick syndrome didiagnos melalui simptom-simptom yang dideritai oleh pesakit akibat terlalu lama tidak balik ke kampung halaman. Disebut sebagai 'acute on chronic' kerana ia hanya menunjukkan simptom tersebut secara tiba-tiba (akut) pada masa tertentu sahaja walaupun sebenarnya, penyakit tu dah menjangkiti pesakit dalam tempoh yang lama (kronik). Cuma, ianya kurang disedari atau berjaya dirawat dengan ubat kesibukan. Apabila sistem imuniti yang mengalir di dalam salur-salur darah ( di mana ia berperanan untuk menjadikan pesakit seorang pengabai yang tegar selama ini) diganggu oleh kehadiran orang-orang tertentu (Contoh: adik.), maka simptom tersebut akan muncul semula. (haha)

Diri, kuatkan semangat!.

Nota:

Sebahagian dari foto pekan kecil tempat kelahiran saya. Tak letak gambar rumah pun, sebab saya memang tak bawa. Pekan ni masih sama macam dulu, masih kurang membangun dan tak ramai penduduk. Tapi, saya tetap rindukannya. Saya rindu laut itu.











Monolog 7: Adik

Bangun awal pagi ini. Banyak tugasan yang perlu disudahkan. Saya dah letak reminders dalam ruangan plurk saya tu. Petang ni mesti balik dengan kepala berat. 3 kelas, 2 jam setiap sessi dan tamat pada pukul 6 pm.

Saya kasihankan adik saya sebenarnya. Dah 3 hari duduk di bilik saya, tapi tak ke mana-mana . Dia pula datang lenggang kangkung tanpa angkut sekali laptop. Kalau ada, bolehlah dia surfing internet sepanjang duduk bersama saya ni. Kalau harap nak guna yang saya punya, memang agak mustahil sikit la, sebab saya jarang berenggang dengan laptop saya ni, kecuali kalau tak ada internet connection.Haha. Saya pula kesibukan menyiapkan kerja OMHS dan ada beberapa tugasan yang perlu dilakukan di luar. Jadi tinggallah dia berseorangan, membaca buku-buku politik kat bilik saya tu. hehe.. Sabar jelah. Oh, lupa nak bagitahu. Dia sebenarnya tumpang bilik saya beberapa hari saja. Sepanjang cuti semester baru-baru ni pula, dia kerja di kilang elektronik kat Klang. 2 minggu lagi kot semester baru buka. Saya tak pasti sangat jadual fakulti lain. Yang pasti, esok juniors baru masuk. Risau pula saya kalau-kalau batch saya rancang buat angkara untuk ragging budak-budak juniors nanti. Saya dah kata saya tak nak join sekaki atau setangan atau seinci pun dari diri saya ni di dalam program ragging tu nanti. (Kolej dan fakulti saya ni terkenal dengan masalah ragging pelajar baru. Satu-satunya kolej yang masih amalkan tradisi tersebut. memang tradisi!).Saya dah nekad untuk jadi senior yang baik sejak saya Tahun 1, memandangkan saya sendiri tak pernah diragging oleh seniors. Saya berjaya melarikan diri dan kebetulan saya bukan duduk di kolej khas untuk pelajar-pelajar perubatan masa tu. 'Tuah' berpangkal nama huruf A, kena campak ke kolej lain pula. hehe

Berbalik tentang adik saya. Kami empat beradik, 2 pasang. Saya sulung, dan dia muda setahun dari saya. Saya masih ingat waktu kami kecil-kecil dulu. Hubungan kami kurang mesra, mungkin sebab saya yang sering mendapat perhatian berlebihan dari parent,kawan-kawan, guru dan saudara mara. Realitinya, saya anak yang penurut, patuh, skema dan rajin. Saya tak bijak, tapi sikap rajin dan disiplin masa tu menyebabkan saya mampu cemerlang dalam pelajaran. Ditambah dengan sikap memerap di rumah dan tak keluar ke sana sini membuang masa dengan kawan-kawan. Di sinilah, perbezaan kami agak ketara. Dia lebih tahu bersosial, terlebih berani, 'huha-huha' dan kurang percaya dengan ahli keluarga. Kawan-kawan adalah pihak yang paling dekat, tetapi pada masa yang sama sering juga bermasalah. Tak faham betul saya. Masa saya di rumah dulu, sering juga saya tinggikan suara dengan dia kalau dah mula menimbulkan masalah dengan mak bapak. Saya hanya akan marah bila berdepan dengan dia. Saya sedih kerana terpaksa bertegas dan sedikit kasar pada dia. Kawan baik saya sendiri pelik, kenapa kami ni jauh berbeza? Kenapa saya berubah bila berdepan dengan dia, tapi bukan dengan adik-adik saya yang lain?. Saya sayangkan dia, tapi dengan cara yang lain. Saya mahu dia berubah, sekurang-kurangnya jadi anak yang patuh taat pada mak bapak. Itu saja. Saya sangat yakin, itu kunci untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Bila difikir-fikir semula, saya rasa saya semakin faham. Menjadi anak kedua, seringkali akan dibanding-bandingkan dengan anak sulung. Eh, tak kisahlah. Jadi anak nombor berapa pun, akan selalu dibandingkan dengan adik beradik yang lain. Lebih-lebih lagi, kalau ada siblings yang 'terlebih' atau 'terkurang' dalam mana-mana aspek. Bila dah dinilai dengan tolok-ukur begini, susahlah. Jika masa boleh diputar kembali, saya rasa saya nak minta agar orang-orang di sekeliling saya dulu tidak membandingkan dia dengan saya. Dia tak mungkin jadi saya, dan saya bukan dia. Mungkin niat mereka baik, supaya kita boleh jadi sebaik adik beradik kita yang lain, tapi tetap saja jadi sebaliknya. Terpulang bagaimana kaedah perbandingan yang dilakukan dan pembawaan anak tu sendiri kan?.

Di sebalik kedegilan dan sikap keras kepala dia, saya tetap nampak kelebihannya yang paling utama. Dia sangat mandiri, tahu bergaul, berani dan yakin mempertahankan pandangan. Itu sikap yang kurang menyerlah dalam diri saya sebenarnya. Kan saya dah kata, setiap orang pasti punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Semakin kita dewasa, sikap-sikap tersebut perlu dan wajib ada supaya kita lebih bijak mengurus diri dan tanggungjawab. Ahhh...tanggungjawab lagi. kan bagus jadi kanak-kanak ribena, dijaga rapi dan segalanya telah tersedia. Menjadi dewasa, perlu bijak memilih, dan ini sebenarnya sukar. Betul tak?

Alhamdulillah, dia sekarang dah sambung belajar semula, setelah bermasalah dan tertangguh untuk masuk ke IPT beberapa tahun. Dalam tempoh masa tu, macam-macam yang dia belajar tentang hidup. Saya tak nak kongsikan kisah-kisah itu di sini. Lain kali saja, kalau saya rajin. Yang pasti, semua itu menyebabkan dia insaf dan berubah tentang banyak perkara. Dia jauh lebih matang. Banyak benda yang dah berubah sebenarnya, cuma saya saja yang kurang peka.

Nota:

Saya letakkan lagu kegemaran saya di ruangan sidebar. Alby nadaak. Saya suka lagu tu. Muziknya sedap didengar, walaupun maksud lagu tu tak sesuai dengan situasi saya. Selamat mendengar!

Monolog 6: Jadual

Sejak sekolah rendah, saya tidak pernah ada jadual belajar yang khusus. Saya belajar ikut selera hati saya. Yang penting kerja sekolah saya siap. Bukan cuma sekali saya menangis semasa sedang menyiapkan kerja semata-mata kerana takut tak larat nak sudahkan padahal dah lewat malam. (Rindu mama yang sentiasa setia menemankan saya pada waktu-waktu genting begitu.)

Kebiasaan yang sama berterusan sehingga saya masuk sekolah menengah dan matrikulasi. Begitu juga sehingga ke final year ni. (kecuali bab-bab nangis tu dah dibuang jauh-jauh) Seringkali saya dinasihatkan oleh guru-guru supaya mengatur jadual belajar supaya lebih sistematik dan teratur. Masa tu, saya tak nampak apa-apa kelebihan dari jadual belajar tu, kecuali disiplin. Tapi, 'disiplin' tu subjektif jugak kan?. Yang penting bukan berapa banyak masa yang kita guna, tapi berapa banyak objektif dan sasaran pembelajaran yang kita boleh capai dalam tempoh masa tertentu. Kan? Baju hijau yang duduk tepi bucu sana, betul tak teori saya ni?

Saya sebenarnya kurang pasti sama ada gaya belajar saya dulu boleh diklasifikasikan sebagai 'ter'jadual atau tidak. ('TER' digunakan sebagai imbuhan kepada perbuatan yang tidak disengajakan.hehe. Betul la kan? saya tak pernahlah sampai buat jadual waktu yang ditulis di atas kertas dan ditampal di rak buku saya). Tapi, seingat saya, saya belajar lebih kurang 3 jam setiap malam, 9 malam-12 tengah malam. Ini tidak termasuk kerja sekolah yang wajib disiapkan pada waktu senggang di waktu siang. Dan ketika itu, saya akan pastikan saya mengulangkaji pelajaran yang diajarkan guru di sekolah pada hari itu. Alhamdulillah, dengan kaedah belajar begitu saya masih boleh menduduki rangking terbaik dalam batch saya. (moga ini bukan riak). Cuma, saya rasa saya extravaganza rajin masa saya di KML dulu. Pertamanya, insaf dan serik sebab saya kena struggle masa SPM (last minutes belajar.haha.padan muka!), dan keduanya sebab pengaruh rakan saya yang sangat rajin masa tu. Keputusan peperiksaan penting seperti PMR, SPM atau Matrikulasi juga masih boleh dikategorikan baik (kalau bukan cemerlang. Alhamdulillah), sehingga melayakkan saya sampai ke tahap sekarang ini di samping menerima bantuan biasiswa penuh SHELL yang agak lumayan. (~ngee~)

Mungkin kerana kebiasaan belajar yang tidak terjadual dengan rapi sebelum ini, saya terbawa-bawa dengan 'sesuka hatinya' kaedah seperti itu. Saya mungkin bernasib baik sebelum ini apabila masih mampu score dalam subjek yang memerlukan hafalan dan kekuatan memori yang membebankan. Walaubagaimanapun, saya sangat obses dengan subjek yang kurang menghafal seperti matematik dan kimia, berbanding subjek hafalan seperti biologi dan sejarah. Saya bertahan dengan subjek-subjek hafalan itupun mungkin sebab guru-guru saya yang bijak menarik perhatian pelajar-pelajar nakal seperti saya ni.

Tetapi, saya kebuntuan sejak memasuki bidang perubatan ni. Walaupun dah final year, saya masih terkial-kial mencari arah dan kaedah terbaik supaya saya mudah menguasai subjek-subjek yang ada. Asas-asas pun saya rasa masih agak rapuh lagi. Saya ambil masa yang terlalu lama untuk dapat sesuaikan diri dengan keadaan baru masa Tahun 1 dulu. Tak dapat nak tumpukan perhatian dengan pelajaran sangat. Kesal juga rasanya. Selain itu, saya juga perlu menghafal simptom dan tanda-tanda (signs) melalui buku, disamping melihat sendiri apa yang dimaksudkan dengan simptom dan signs tu. Dan kemahiran (skills) ini sangat memerlukan komitmen yang tinggi untuk rajin berjumpa pesakit di wad. Kalau ditanya pada saya, faktor utama yang menentukan keberhasilan dan kejayaan seorang pelajar perubatan sebenarnya adalah SIKAP dan KESUNGGUHAN untuk memepelajari perkara-perkara baru. Berjumpa pesakit setiap hari adalah jauh lebih penting dari menghadap buku 24 jam di bilik berseorangan.

Saya mendengar fakta ini sejak kali pertama saya memasuki tahun klinikal di HTAR dulu. Bunyinya seperti mudah, tetapi seperti yang saya katakan tadi; masalah utamanya adalah SIKAP. Apa pula faktor yang menentukan sikap ini? Jawapannya ialah niat. Jika belajar hanya untuk lulus peperiksaan, maka jawab saja soalan-soalan peperiksaan yang lepas dan turun ke wad sebulan sebelum peperiksaan akhir. Kalau buat last minutes dengan sungguh-sungguh, masih mampu lagi untuk lulus. Tetapi, kerjaya doktor adalah kerjaya sepanjang hayat. Proses belajar yang berterusan dan memerlukan sikap yang betul untuk menentukan kesungguhan dan ketahanan seseorang untuk berhadapan dengan realiti hidup dan kerjaya yang berat dan maha membebankan. Adakah saya bersedia untuk semua itu?

Berbalik ke tajuk asal. Mulai hari ini, saya berusaha untuk memastikan jadual belajar saya dipatuhi dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Saya perlu menebus semula masa yang saya sia-siakan selama ini. Saya tidak mahu lalai dan culas lagi. Saya perlu berubah!

Perkara-perkara yang WAJIB saya lakukan setiap hari:
  1. Clerk minimum 3 kes setiap hari ( 1 Medicine, 1 Psychiatry, 1 posting yang sedang saya ikuti)
  2. Jawab 1 CPC case setiap hari (Buat nota berkaitan topik berkaitan)
  3. Ulangkaji - ECG, X-rays, Clinical Chemistry, Little book of causes (sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!)
  4. 1 bab minor posting - ENT, Ophthal, Gynae
  5. Paeds (saya sangat lemah posting ini.Jadi, kena belajar lebih sikit)
Usaha, usaha, usaha!

(Doakan saya. Saya rindu saya yang rajin satu masa dulu.huhuh)

Monolog 5: sahabat


Saya bukan tak peduli dengan kamu. Saya bukan tak nak ambil tahu langsung tentang masalah kamu. Cuma, saya bukan orang yang pandai menyatakan perasaan saya pada orang. Serius, ini masalah terbesar saya. Saya memerhatikan dalam diam, mengambiltahu tanpa perlu menyuarakan apa-apa. Kelak, jika perlukan bantuan dari saya, saya akan ke depan tanpa perlu kamu pinta.

Saya memikirkan banyak perkara tentang kamu. Saya cuma berharap kamu maafkan saya. Maafkan kedinginan saya terhadap kamu. Maafkan senyap saya pada kamu. Maafkan sikap saya yang kurang ramah pada kamu. Maafkan kesibukan saya yang membuatkan masa saya habis untuk orang lain. Bukankah perkara yang sama pernah saya lakukan untuk kamu beberapa tahun lepas, sewaktu awal perkenalan kita? Saya tidak minta balasan apa pun atas secuil kebaikan yang saya lakukan pada kamu. Saya tidak berkenan perkara-perkara tersebut diingat semula. Kerana saya bukannya siapa-siapa untuk dikenang-kenang. Jika itu terlalu payah untuk dilakukan, maka dengarkan ini. Saya tetap sahabat kamu yang boleh kamu cari bila-bila masa kamu perlukan saya. Tetapi, maaf sekali lagi. Tak perlu cari saya di saat kamu berkelapangan atau bersenang hati kerana kemungkinan besar masa saya terlalu suntuk untuk itu.

Saya terlalu kerdil untuk mengaku bahawa saya manusia yang sibuk dengan pelbagai urusan, mengalahkan Perdana Menteri mungkin. (Adehh!)Saya cuma manusia biasa, yang sangat sedar tentang keterbatasan diri saya. Saya kurang pandai membahagikan masa untuk diri sendiri. Kurang masa bersosial yang bertujuan merehat dan menyenangkan diri. Saya selalu menayang muka serius, bukan tanda saya tidak suka kehadiran kamu. Saya cuma membahagiakan diri dengan tanggungjawab. Saya cuma melarikan diri sekejap dari kepenatan saya belajar tentang banyak perkara setiap hari. Saya mungkin kejam pada diri, tetapi saya puas. Saya cuma kesal kerana itu menyakitkan kamu, mungkin.

Saya sangat yakin yang kamu sedang menjalani kebahagiaan dengan cara kamu. Saya sangat pasti yang kamu sudah sampai ke titik selesa dalam hidup kamu. punya kerjaya, punya keluarga yang boleh kamu ziarahi bila saja kamu mahu. Dan punya sahabat usrah yang sangat memahami dan mampu membimbing kamu. Kamu mungkin perlukan saya tetapi sekali lagi, saya bukan sahabat yang mampu mengagihkan 24 jam masa saya untuk orang-orang di sekeliling saya. Saya perlukan pengertian kamu, yang saya pentingkan orang lain yang lebih memerlukan saya berbanding kamu. Saya memilih mereka bukan kerana kekurangan kamu, sebaliknya kerana mereka tidak sehebat kamu. Mereka masih perlukan masa dan tenaga saya yang terbatas ini.

Saya berdoa semoga kehebatan kamu juga akan kelak dirasakan oleh sahabat-sahabat kamu yang memerlukan.

Semoga kamu semakin faham.


With love,

Monolog 4: Kalendar



2010

28 December 2009 – 26 January 2010:Surgery posting

1 March 2010 – 12 March 2010:Study weeks

15 March 2010 – 26 March 2010:FINAL MBBS EXAM

Start count down.Say NO to PROCRASTINATION!

Nota:

1.Tragedi yang kurang menyenangkan berlaku sejak kebelakangan ini. Mungkin tekanan yang menujah dari dalam diri terbias jua di raut wajah. Kadang-kadang diam itu jalan keluar yang terbaik. Kadang-kadang, kita hilang punca, ibarat terkapar-kapar hampir kelemasan. Pun, itu bukanlah akhir segala.

2. Sometimes, we have to stop analyzing our past, stop planning the future, stop trying to figure out precisely how we feel, stop deciding with our mind what we want our heart to feel. Sometimes, we just have to go with…PAUSE for a while. Fa inna ma’al ‘usri yusro..Isbir likulli musibatin wa tajallad!

3.”9 bulan ++..kejap je kak!..lebih kurang sama tempohnya dengan pregnant woman. 9 bulan yang sakit dan berat. dah habis nanti, lepaslah beban tu..” . Analogi yang agak pelik dan lucu, tapi ada benarnya. Hehe. Hilang sekejap tekanan.Terima kasih sahabat!

5.Cuti pengajian sepanjang tempoh 9 bulan hanya pada minggu raya (19/9/2009 – 27/9/2009). Alhamdulillah, berjaya dapat tiket balik. Raya kedua bersama keluarga dalam tempoh 6 tahun!



Monolog 3: salah




Rasa bersalah yang amat kepada semua orang
Rahsia ini akan terbongkar juga
tidak berapa lama lagi.

Maafkan saya.
Saya kesal dengan segala yang telah terjadi.
Saya bersalah.
Saya tahu.

Ampunkan saya ya TUHAN

(saya mahu menangis puas-puas. Tapi saya tak mampu. Mengapakah?)

Monolog 2: OMHS


Tamat minggu kedua OMHS. huh. Mujur kerja-kerja saya sudah selesai semuanya.Sebenarnya, tugas saya tu bukanlah susah sangat pun. Cuma kena buat sedikit interview dengan Medical and Health Officer saja (Cheh..konon saja senang. Persepsi awal saya la ni).

Kebetulan, saya kena in charge untuk unit Quality Assurance and ISO Unit di Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan kena interview orang yang sama untuk part M&HO (Part 1 presentation nanti). Tapi (Ahhh...saya tidak suka begini. Ada saja aral yang melintang. Aduh, kamu ini AQ..patutnya lebih positif ya!), memandangkan beliau itu ialah M&HO dan keadaan serta masa yang kurang sesuai sekarang ini, jadinya kerja saya itu pun menjadi berkali ganda lebih susah. Untuk jumpa Doktor berkenaan pun tak sempat-sempat. Saya dan sahabat saya seorang lagi tu menunggu hampir 3 jam ok! Tapi, masih tak dapat jupa juga. Hari kedua pun sama. Akhirnya, kami terpaksa interview pembantu dia saja. Mujur dia banyak tahu. Lain-lain, copy saja dari report senior. Nasib baik senior dapat interview dia dulu. Yes!.H1N1 outbreak sekitar Daerah Petaling ini benar-benar menguji tahap kesabaran semua orang. Sabar sajalah. Mudah-mudahan dipermudahkan tugas kita selepas ini.

Saya juga kena buat satu lagi tugasan tambahan. Report tentang Complementary Medicine. Saya dan sahabat melawat satu klinik di Mutiara Damansara ni. Traditional Chinese Medicine Clinic. Nama klinik tu Low Acupuncuture and Osteopathy (Rujuk laman web ini). Pertama kali masuk klinik tu, memang kagum dengan hiasan dalamannya. Cantik!. Klasik sungguh. Tenang je bila masuk tu. Tak banyak yang kami bincangkan dengan Master John (eh, betulkah namanya ni? saya tak ingat sangat dah. Sahabat saya kata Dr How. Nama kedainya pula Low. Entahlah.). Bincang tentang pengalaman dia selama ni. Dari peringkat education sampailah dia berjaya buka klinik ni. Kisah yang menarik dan mengagumkan. Bayangkan, dia mula belajar bidang TCM ni di Singapura masa umur dia dah 4o tahun!. Habis ijazah, sambung pula kat Beijing untuk peringkat Master. Semangat sungguh! Inilah bagusnya kalau orang belajar sebab minat kan? So, saya pun kena belajar untuk meningkatkan minat dalam bidang perubatan ni. Jangan belajar semata-mata untuk dapat jadi Doktor je. Merana nanti. Ingat senang ke kehidupan doktor? .

Nanti sambung lagi,k. Penat dah menulis ni.


Monolog 1

Salam buat teman-teman yang rajin menjelajah maya.
(saya perlu katakan demikian kerana jika anda menemui blog ini, maksudnya anda menemuinya secara tidak sengaja. saya yakin anda tidak akan menemuinya melalui link-link sahabat saya memandangkan mereka juga tidak mengetahui kewujudan blog ini. Ahh..suka hati kalianlah kan mahu jumpa dan baca atau tidak..hoho..terlebih panjang pula mukaddimah ini. maaf.)

Saya tak mahu menulis dengan skemanya seperti yang saya biasa buat untuk blog yang satu itu. 'Skema' di sini maksudnya 'serius'. Saya bukanlah tipikal orang yang serius sepanjang masa, seperti yang dianggap oleh ramai orang yang pernah mengenali saya. Walaupun mungkin kebanyakan sahabat lama saya di kampung menganggap saya matang berbanding umur saya di zaman persekolahan dulu-dulu. Ahh..mereka yang sebenarnya lebih keanak-anakan,bukan saya yang seakan-akan 'tua'. ada bezanya kan? (haha)

Mungkin persekitaran baru sejak beberapa tahun lalu menjadikan saya jauh lebih 'tua' dari usia sebenar saya. Bersahabat dengan ramai orang yang sebaya mama (lingkungan awal 40-an) menyebabkan saya cenderung bersikap dan berperwatakan lebih matang dan mandiri. Jauh dari keluarga dan rasa kurang selamat pada ketika saya mula berada di kampus ini sebenarnya menuai sikap 'berani' yang bukan kepalang.

Saya bukan lagi gadis yang terperuk memerap di rumah sepanjang masa. Bukan lagi gadis yang pemalu, senyap, kurang bercakap dan tidak tahu bersosial. Bukan lagi gadis yang 'nerd' dan ulat buku yang hanya hidup untuk belajar 25 jam sehari. Bukan lagi gadis kampung yang lugu dan penurut.

Saya menyedari fakta itu dan kesimpulan ini hadir setelah saya bermenung sepanjang hari ini. Haha. jarang benar saya ada masa untuk semua ini. Saya tiba-tiba rindu untuk balik rumah. Bukan selama ini saya tidak rindu, tapi kali ini rasanya lain. Saya rindu diri saya yang dulu. Bukan kerana saya yang dulu adalah gadis yang terperuk, pemalu, senyap, pendiam atau kurang bersosial. Hanya satu yang saya mahu, saya mahu diri saya yang YAKIN dan EXTRAVAGANZA rajin tanpa menghiraukan persekitarannya yang pelbagai ragam.

Hijrah ke sini mengevolusikan saya kepada manusia baru. Walaupun lebih 'berilmu', berprinsip, pengabai yang tegar, dan berani yang amat, saya tetap tidak yakin diri. Saya tetap kurang faham di mana hilangnya keyakinan itu. Saya tahu saya mampu melakukannya. Saya tahu saya juga tiada beza dengan yang lain seandainya saya berusaha sama seperti mereka semua. Saya tahu saya juga ada kelebihan dan kekurangan yang tidak akan meletakkan saya lebih rendah dari orang lain. Saya cuma tidak percaya diri. Khasnya dalam hal akademik saya.

Saya tidak yakin berhadapan dengan cabaran di depan.

Saya kurang yakin bila terpaksa mempertahankan pandangan dan keyakinan saya tentang satu-
satu perkara atau jawapan yang saya ketahui.

Saya takut menghadapi kritikan dan pandangan orang yang merendah-rendahkan saya.

Saya risau berdepan dengan kegagalan yang menjatuhkan saya.

Saya benci pada kesilapan kerana ia mencacatkan reputasi saya.

Saya faham saya perlu belajar satu fakta penting di sini:
Tidak perlu saya memiliki personaliti seakan-akan obsessive compulsive personality trait yang terlalu sehingga saya tidak berani untuk menapak ke depan akibat risau/takut/ benci/ fobia pada kekurangan. Bukankah kekurangan itu pasti pada setiap orang. Hanya saja kekurangan itu perlu untuk diperbaiki walaupun tidak sampai ke tahap sempurna segala-galanya. Tidak perlu malu pada kekurangan kerana kadangkala di situ melahirkan kelebihan. Kelebihan di mana, kita memerlukan yang lain (sahabat contohnya) sebagai penopang kekurangan tersebut. Bukankah mereka selayaknya dirapati kerana kamu tidak akan mampu untuk hidup dan menghadapinya sendirian!

Hanya satu kata saya pada diri: Bangkit, dan yakinlah pada diri!!

With love,

Second blog

This is my second blog.

To share the other part of my story.

Which I cant write it in my primary blog.
(due to some important reasons!)

I create this by not telling you who am I.

(or maybe i'll tell you at the later part,
if I change my mind)

Keep it secret, ok.
(haha)

By the way, thanks for reading.

Hopefully, you can learn something from this little girl

who has a big, big dreams!


with love,