Sejak sekolah rendah, saya tidak pernah ada jadual belajar yang khusus. Saya belajar ikut selera hati saya. Yang penting kerja sekolah saya siap. Bukan cuma sekali saya menangis semasa sedang menyiapkan kerja semata-mata kerana takut tak larat nak sudahkan padahal dah lewat malam. (Rindu mama yang sentiasa setia menemankan saya pada waktu-waktu genting begitu.)
Kebiasaan yang sama berterusan sehingga saya masuk sekolah menengah dan matrikulasi. Begitu juga sehingga ke final year ni. (kecuali bab-bab nangis tu dah dibuang jauh-jauh) Seringkali saya dinasihatkan oleh guru-guru supaya mengatur jadual belajar supaya lebih sistematik dan teratur. Masa tu, saya tak nampak apa-apa kelebihan dari jadual belajar tu, kecuali disiplin. Tapi, 'disiplin' tu subjektif jugak kan?. Yang penting bukan berapa banyak masa yang kita guna, tapi berapa banyak objektif dan sasaran pembelajaran yang kita boleh capai dalam tempoh masa tertentu. Kan? Baju hijau yang duduk tepi bucu sana, betul tak teori saya ni?
Saya sebenarnya kurang pasti sama ada gaya belajar saya dulu boleh diklasifikasikan sebagai 'ter'jadual atau tidak. ('TER' digunakan sebagai imbuhan kepada perbuatan yang tidak disengajakan.hehe. Betul la kan? saya tak pernahlah sampai buat jadual waktu yang ditulis di atas kertas dan ditampal di rak buku saya). Tapi, seingat saya, saya belajar lebih kurang 3 jam setiap malam, 9 malam-12 tengah malam. Ini tidak termasuk kerja sekolah yang wajib disiapkan pada waktu senggang di waktu siang. Dan ketika itu, saya akan pastikan saya mengulangkaji pelajaran yang diajarkan guru di sekolah pada hari itu. Alhamdulillah, dengan kaedah belajar begitu saya masih boleh menduduki rangking terbaik dalam batch saya. (moga ini bukan riak). Cuma, saya rasa saya extravaganza rajin masa saya di KML dulu. Pertamanya, insaf dan serik sebab saya kena struggle masa SPM (last minutes belajar.haha.padan muka!), dan keduanya sebab pengaruh rakan saya yang sangat rajin masa tu. Keputusan peperiksaan penting seperti PMR, SPM atau Matrikulasi juga masih boleh dikategorikan baik (kalau bukan cemerlang. Alhamdulillah), sehingga melayakkan saya sampai ke tahap sekarang ini di samping menerima bantuan biasiswa penuh SHELL yang agak lumayan. (~ngee~)
Mungkin kerana kebiasaan belajar yang tidak terjadual dengan rapi sebelum ini, saya terbawa-bawa dengan 'sesuka hatinya' kaedah seperti itu. Saya mungkin bernasib baik sebelum ini apabila masih mampu score dalam subjek yang memerlukan hafalan dan kekuatan memori yang membebankan. Walaubagaimanapun, saya sangat obses dengan subjek yang kurang menghafal seperti matematik dan kimia, berbanding subjek hafalan seperti biologi dan sejarah. Saya bertahan dengan subjek-subjek hafalan itupun mungkin sebab guru-guru saya yang bijak menarik perhatian pelajar-pelajar nakal seperti saya ni.
Tetapi, saya kebuntuan sejak memasuki bidang perubatan ni. Walaupun dah final year, saya masih terkial-kial mencari arah dan kaedah terbaik supaya saya mudah menguasai subjek-subjek yang ada. Asas-asas pun saya rasa masih agak rapuh lagi. Saya ambil masa yang terlalu lama untuk dapat sesuaikan diri dengan keadaan baru masa Tahun 1 dulu. Tak dapat nak tumpukan perhatian dengan pelajaran sangat. Kesal juga rasanya. Selain itu, saya juga perlu menghafal simptom dan tanda-tanda (signs) melalui buku, disamping melihat sendiri apa yang dimaksudkan dengan simptom dan signs tu. Dan kemahiran (skills) ini sangat memerlukan komitmen yang tinggi untuk rajin berjumpa pesakit di wad. Kalau ditanya pada saya, faktor utama yang menentukan keberhasilan dan kejayaan seorang pelajar perubatan sebenarnya adalah SIKAP dan KESUNGGUHAN untuk memepelajari perkara-perkara baru. Berjumpa pesakit setiap hari adalah jauh lebih penting dari menghadap buku 24 jam di bilik berseorangan.
Saya mendengar fakta ini sejak kali pertama saya memasuki tahun klinikal di HTAR dulu. Bunyinya seperti mudah, tetapi seperti yang saya katakan tadi; masalah utamanya adalah SIKAP. Apa pula faktor yang menentukan sikap ini? Jawapannya ialah niat. Jika belajar hanya untuk lulus peperiksaan, maka jawab saja soalan-soalan peperiksaan yang lepas dan turun ke wad sebulan sebelum peperiksaan akhir. Kalau buat last minutes dengan sungguh-sungguh, masih mampu lagi untuk lulus. Tetapi, kerjaya doktor adalah kerjaya sepanjang hayat. Proses belajar yang berterusan dan memerlukan sikap yang betul untuk menentukan kesungguhan dan ketahanan seseorang untuk berhadapan dengan realiti hidup dan kerjaya yang berat dan maha membebankan. Adakah saya bersedia untuk semua itu?
Berbalik ke tajuk asal. Mulai hari ini, saya berusaha untuk memastikan jadual belajar saya dipatuhi dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Saya perlu menebus semula masa yang saya sia-siakan selama ini. Saya tidak mahu lalai dan culas lagi. Saya perlu berubah!
Perkara-perkara yang WAJIB saya lakukan setiap hari:
- Clerk minimum 3 kes setiap hari ( 1 Medicine, 1 Psychiatry, 1 posting yang sedang saya ikuti)
- Jawab 1 CPC case setiap hari (Buat nota berkaitan topik berkaitan)
- Ulangkaji - ECG, X-rays, Clinical Chemistry, Little book of causes (sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!)
- 1 bab minor posting - ENT, Ophthal, Gynae
- Paeds (saya sangat lemah posting ini.Jadi, kena belajar lebih sikit)
Usaha, usaha, usaha!
(Doakan saya. Saya rindu saya yang rajin satu masa dulu.huhuh)
RSS Feed (xml)
0 comments:
Post a Comment