Monolog 1

Salam buat teman-teman yang rajin menjelajah maya.
(saya perlu katakan demikian kerana jika anda menemui blog ini, maksudnya anda menemuinya secara tidak sengaja. saya yakin anda tidak akan menemuinya melalui link-link sahabat saya memandangkan mereka juga tidak mengetahui kewujudan blog ini. Ahh..suka hati kalianlah kan mahu jumpa dan baca atau tidak..hoho..terlebih panjang pula mukaddimah ini. maaf.)

Saya tak mahu menulis dengan skemanya seperti yang saya biasa buat untuk blog yang satu itu. 'Skema' di sini maksudnya 'serius'. Saya bukanlah tipikal orang yang serius sepanjang masa, seperti yang dianggap oleh ramai orang yang pernah mengenali saya. Walaupun mungkin kebanyakan sahabat lama saya di kampung menganggap saya matang berbanding umur saya di zaman persekolahan dulu-dulu. Ahh..mereka yang sebenarnya lebih keanak-anakan,bukan saya yang seakan-akan 'tua'. ada bezanya kan? (haha)

Mungkin persekitaran baru sejak beberapa tahun lalu menjadikan saya jauh lebih 'tua' dari usia sebenar saya. Bersahabat dengan ramai orang yang sebaya mama (lingkungan awal 40-an) menyebabkan saya cenderung bersikap dan berperwatakan lebih matang dan mandiri. Jauh dari keluarga dan rasa kurang selamat pada ketika saya mula berada di kampus ini sebenarnya menuai sikap 'berani' yang bukan kepalang.

Saya bukan lagi gadis yang terperuk memerap di rumah sepanjang masa. Bukan lagi gadis yang pemalu, senyap, kurang bercakap dan tidak tahu bersosial. Bukan lagi gadis yang 'nerd' dan ulat buku yang hanya hidup untuk belajar 25 jam sehari. Bukan lagi gadis kampung yang lugu dan penurut.

Saya menyedari fakta itu dan kesimpulan ini hadir setelah saya bermenung sepanjang hari ini. Haha. jarang benar saya ada masa untuk semua ini. Saya tiba-tiba rindu untuk balik rumah. Bukan selama ini saya tidak rindu, tapi kali ini rasanya lain. Saya rindu diri saya yang dulu. Bukan kerana saya yang dulu adalah gadis yang terperuk, pemalu, senyap, pendiam atau kurang bersosial. Hanya satu yang saya mahu, saya mahu diri saya yang YAKIN dan EXTRAVAGANZA rajin tanpa menghiraukan persekitarannya yang pelbagai ragam.

Hijrah ke sini mengevolusikan saya kepada manusia baru. Walaupun lebih 'berilmu', berprinsip, pengabai yang tegar, dan berani yang amat, saya tetap tidak yakin diri. Saya tetap kurang faham di mana hilangnya keyakinan itu. Saya tahu saya mampu melakukannya. Saya tahu saya juga tiada beza dengan yang lain seandainya saya berusaha sama seperti mereka semua. Saya tahu saya juga ada kelebihan dan kekurangan yang tidak akan meletakkan saya lebih rendah dari orang lain. Saya cuma tidak percaya diri. Khasnya dalam hal akademik saya.

Saya tidak yakin berhadapan dengan cabaran di depan.

Saya kurang yakin bila terpaksa mempertahankan pandangan dan keyakinan saya tentang satu-
satu perkara atau jawapan yang saya ketahui.

Saya takut menghadapi kritikan dan pandangan orang yang merendah-rendahkan saya.

Saya risau berdepan dengan kegagalan yang menjatuhkan saya.

Saya benci pada kesilapan kerana ia mencacatkan reputasi saya.

Saya faham saya perlu belajar satu fakta penting di sini:
Tidak perlu saya memiliki personaliti seakan-akan obsessive compulsive personality trait yang terlalu sehingga saya tidak berani untuk menapak ke depan akibat risau/takut/ benci/ fobia pada kekurangan. Bukankah kekurangan itu pasti pada setiap orang. Hanya saja kekurangan itu perlu untuk diperbaiki walaupun tidak sampai ke tahap sempurna segala-galanya. Tidak perlu malu pada kekurangan kerana kadangkala di situ melahirkan kelebihan. Kelebihan di mana, kita memerlukan yang lain (sahabat contohnya) sebagai penopang kekurangan tersebut. Bukankah mereka selayaknya dirapati kerana kamu tidak akan mampu untuk hidup dan menghadapinya sendirian!

Hanya satu kata saya pada diri: Bangkit, dan yakinlah pada diri!!

With love,

0 comments:

Post a Comment